5 Masalah Pemilikan Hartanah Orang Pernah Terkena, dan Bagaimana Peguam Hartanah Boleh Bantu Selesaikannya
1. Hartanah Masih Ada Bebanan/Gadaian
Ramai pembeli tidak tahu bahawa hartanah yang ingin dibeli masih dijadikan cagaran kepada bank dan belum dilepaskan. Ini boleh menjejaskan proses pindah milik.
Apa Peguam Boleh Bantu:
✅ Buat semakan status bebanan di pejabat tanah.
✅ Urus proses pelepasan gadaian (discharge of charge).
✅ Pastikan transaksi hanya dibuat selepas syarat pelepasan dipenuhi.
2. Pemilikan Tidak Sah / Hartanah Warisan Belum Dipecah Bahagi
Penjual menjual rumah warisan tanpa persetujuan semua waris. Pembeli pula tak tahu urus niaga itu belum sah dari segi undang-undang.
✅ Apa Peguam Boleh Bantu:
✅ Semak status geran dan pemilik sebenar.
✅ Nasihatkan jika perlukan proses pelantikan Pentadbir Harta, faraid atau perintah jual Mahkamah.
✅ Elakkan pembeli terperangkap dalam urus niaga terbatal.
3. Masalah Geran – Geran Hilang, Tak Dikemaskini, Atau Masih Pegangan Sementara
Geran tiada dalam simpanan pemilik atau masih pegangan pajakan dengan sekatan kebenaran pindahmilik, menyebabkan proses pindah milik tertangguh.
Apa Peguam Boleh Bantu:
✅ Urus permohonan salinan geran daripada pejabat tanah.
✅ Semak dan bantu mohon longgar sekatan dan mohon kelulusan.
✅ Percepatkan proses melalui saluran rasmi dan sah.
4. Penipuan Dokumen atau Ejen Tidak Sah
Masalah:
Ada kes pembeli tertipu beli rumah dari individu atau “ejen” yang sebenarnya tidak ada kuasa atau bukan pemilik sah.
Apa Peguam Boleh Bantu:
✅ Semak keaslian dokumen dan status hak milik dan semak status ejen.
✅ Hanya teruskan urus niaga jika semua sah di sisi undang-undang.
✅ Lindungi pembeli dengan syarat perjanjian yang jelas dan selamat.
5. SPA Ditandatangani Tanpa Faham Terma Penting
Pembeli tandatangan Perjanjian Jual Beli (SPA) tanpa faham implikasi klausa yang ada, “as is where is”, termasuk penalti, kos tersembunyi dan tanggungjawab pindah milik.
Apa Peguam Boleh Bantu:
✅ Sediakan SPA yang sah & adil.
✅ Terangkan setiap klausa penting kepada pembeli.
✅ Pastikan transaksi berlaku mengikut undang-undang dan kepentingan pembeli dilindungi.
⭕ Penutup:
Lantik peguam hartanah bertauliah dari awal untuk pastikan pembelian atau pelaburan anda selamat dan sah dari segi undang-undang.
