Buli dan Gangguan Adalah Kesalahan Jenayah –

Latar Belakang

Parlimen telah meluluskan pindaan yang dikenali sebagai Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2025 telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 10 Disember 2024 dan oleh Dewan Negara pada 16 Disember 2024. Ia mendapat perkenan diraja pada Februari 2025 dan digazetkan pada 7 Mac 2025.

Tarikh kuat kuasa:
Walaupun secara rasmi berkuat kuasa lebih awal, penguatkuasaan penuh bermula pada 11 Julai 2025.

Peruntukan Utama: Seksyen 507B hingga 507G

Seksyen-seksyen baharu ini dimasukkan ke dalam Kanun Keseksaan untuk menangani pelbagai bentuk buli seperti verbal, emosi, psikologi, fizikal, dan digital.

  • Seksyen 507B:
    Mengkriminalkan ancaman atau tingkah laku yang bersifat kasar yang bertujuan untuk menyebabkan gangguan, ketakutan, tekanan, atau kebimbangan.
    Hukuman: Penjara sehingga 3 tahun dan/atau denda.
  • Seksyen 507C:
    Meliputi tingkah laku yang serupa walaupun niat tidak jelas, tetapi tingkah laku itu berkemungkinan menyebabkan tekanan atau kebimbangan.
    Hukuman: Penjara sehingga 1 tahun dan/atau denda.
  • Seksyen 507D:
    • – Jika gangguan menyebabkan tekanan mental yang ketara – penjara sehingga 1 tahun.
    • -Jika gangguan tersebut membawa kepada cubaan membunuh diri – penjara sehingga 10 tahun.
  • Seksyen 507E & 507F (Doxing):
    • Menangani perkongsian maklumat peribadi tanpa kebenaran:
      507E: Perkongsian maklumat yang menyebabkan tekanan – penjara sehingga 3 tahun.
    • 507F: Perkongsian maklumat dengan niat mengancam atau menyebabkan bahaya – penjara sehingga 1 tahun.
  • Seksyen 507G:
    Mentakrifkan istilah penting seperti:
    • “Harm” (kemudaratan): fizikal, psikologi, reputasi, emosi.
    • “Identity information” (maklumat pengenalan): nama, gambar, alamat, nombor telefon, tempat kerja, dll.
    • “Related person” (orang berkaitan): ahli keluarga atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengan mangsa.

Apakah kepentingan Pindaan ini?

Buli tempat kerja kini menjadi jenayah:
Buat pertama kali, buli — termasuk buli psikologi, emosi, dan siber — bukan lagi sekadar isu HR, tetapi boleh didakwa di mahkamah jenayah.

Skop undang-undang ini terpakai dalam semua konteks:

  • Tempat kerja fizikal
  • Kerja dari rumah (remote work)
  • Platform digital seperti email, WhatsApp, Slack, dll.
  • Semua jenis pekerjaan: sektor awam, swasta, kontrak, dan freelance.

Tanggungjawab majikan:

  • Mengemas kini buku panduan pekerja dengan definisi dan prosedur yang jelas.
  • Menubuhkan mekanisme dalaman yang kukuh untuk laporan kes buli.
  • Menyelaraskan amalan HR dengan prosedur undang-undang sekiranya berlaku siasatan.

Kesan kepada budaya kerja:
Undang-undang ini menggalakkan keselamatan psikologi, akauntabiliti, dan rasa hormat di tempat kerja. Ia juga memberi amaran tentang risiko liabiliti jenayah jika majikan gagal bertindak.

Ringkasan Hukuman:

SeksyenKesalahanHukuman
507BAncaman/tingkah laku kasar yang menyebabkan tekananPenjara sehingga 3 tahun dan/atau denda
507CTingkah laku yang berkemungkinan menyebabkan tekanan walaupun tanpa niatPenjara sehingga 1 tahun dan/atau denda
507D(1)Gangguan yang menyebabkan tekanan mentalPenjara sehingga 1 tahun
507D(2)Gangguan yang membawa kepada cubaan membunuh diriPenjara sehingga 10 tahun
507EDoxing yang menyebabkan tekananPenjara sehingga 3 tahun
507FDoxing yang mengancam atau membolehkan bahayaPenjara sehingga 1 tahun
507GTakrifan istilah pentingN/A

Ilustrasi Perbuatan Buli & Gangguan

1. Seksyen 507B – Buli atau Gangguan dengan Niat

Tingkah laku yang dilakukan dengan sengaja untuk menimbulkan gangguan, ketakutan, atau tekanan.

SenarioKenapa Ia 507B
Penyelia berulang kali mengancam untuk memecat pekerja jika mereka tidak melakukan kerja peribadinya.Niat jelas untuk menakut-nakutkan.
Rakan sekerja menghantar mesej WhatsApp berbentuk ugutan: “Jika awak lapor pada HR, awak akan menyesal.”Bentuk gangguan dan intimidasi yang jelas.
Pengurus menghina pekerja di depan orang ramai setiap hari supaya mereka berhenti kerja.Tindakan buli sengaja untuk memaksa peletakan jawatan.

2. Seksyen 507C – Tingkah Laku Cuai atau Tidak Sensitif

Tingkah laku yang berkemungkinan menyebabkan tekanan walaupun tanpa niat untuk menyakiti.

SenarioKenapa Ia 507C
Ketua pasukan membuat “gurauan” tentang kecacatan fizikal pekerja.Walaupun tanpa niat jahat, ia jelas menyebabkan tekanan.
Rakan sekerja mendedahkan kisah memalukan tentang kehidupan peribadi seseorang.Menyebabkan aib dan penghinaan.
Penyelia memberi tugas yang mustahil disiapkan, menyebabkan pekerja stres.Keputusan yang jelas memudaratkan pekerja.

3. Seksyen 507D – Gangguan yang Menyebabkan Tekanan Mental Serius atau Cubaan Bunuh Diri

SenarioKenapa Ia 507D
Mangsa tertekan secara klinikal kerana ancaman dan penghinaan berterusan.Bukti jelas gangguan menyebabkan kemudaratan psikologi serius.
Pelajar sekolah dibuli secara siber sehingga cuba membunuh diri.Undang-undang ini membenarkan hukuman sehingga 10 tahun penjara.

Bukti yang diperlukan:

  • Laporan psikiatri,
  • Rekod perubatan,
  • Dokumentasi cubaan bunuh diri.

4. Seksyen 507E – Doxing yang Menyebabkan Tekanan

Doxing ialah mendedahkan maklumat peribadi seseorang tanpa kebenaran yang menyebabkan tekanan atau gangguan.

SenarioKenapa Ia 507E
Rakan sekerja memuat naik gambar staf di Facebook dengan kapsyen menuduhnya mencuri.Mendedahkan identiti, menyebabkan aib umum.
Bekas pekerja marah mendedahkan alamat dan gaji pekerja lain di media sosial.Pelanggaran privasi yang jelas.

5. Seksyen 507F – Doxing dengan Niat Mencetuskan Bahaya

SenarioKenapa Ia 507F
Sekumpulan orang berkongsi alamat rumah pekerja dalam WhatsApp sambil berkata, “Mari ajar dia!”Niat jelas untuk mendorong tindakan fizikal.
Pengurus membocorkan gambar peribadi staf dengan arahan: “Sebarkan sampai dia berhenti.”Menggalakkan tindakan merosakkan reputasi.

Kesimpulan

Undang-undang ini:

  • Memperkenalkan liabiliti jenayah untuk buli dan gangguan.
  • Meliputi buli tradisional dan gangguan digital seperti doxing.
  • Memberi perlindungan yang lebih kukuh kepada pekerja dan mangsa buli.

Tindakan segera yang wajib Majikan ambil:

  • Melatih pekerja tentang undang-undang baharu ini.
  • Menyediakan saluran laporan yang selamat dan sulit.
  • Memasukkan prosedur ini ke dalam dasar syarikat.

Ditulis oleh:

Puan Islamiyah binti Idris,

Peguambela & Peguamcara

Nazri Azmi Islinda, Bandar Sri Permaisuri.