Kelewatan Serahan Pemilikan Kosong oleh Pemaju kepada Pembeli
Apabila berlaku kelewatan serahan pemilikan kosong oleh Pemaju kepada Pembeli, jumlah ganti rugi lewat serah (LAD) akan dikira dari tarikh “booking” hingga tarikh serahan pemilikan kosong.
Ia tidak dikira dari tarikh S&P.
Ini diputuskan di dalam kes PJD Regency Sdn Bhd v. TTPR & other appeals
FC bermaksud Federal Court / Mahkamah Persekutuan.
Para Yang Amat Arif/Yang Arif antara lain berkata :
“Apabila terdapat kelewatan dalam penyerahan pemilikan kosong oleh pemaju kepada pembeli bagi Kontrak Berjadual di bawah peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989 (Peraturan 1989) yang digubal menurut seksyen 24 Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966, tarikh untuk pengiraan ganti rugi persetujuan terbabit (‘LAD’) bermula dari tarikh pembayaran deposit/fi tempahan/fi permulaan/ungkapan hasrat bertulis pembeli untuk membeli, dan bukan dari tarikh perjanjian jual beli secara literal.”
Setiap kes mempunyai fakta yang similar atau boleh jadi berbeza.
Asas terkini untuk tuntutan LAD ialah dikira dari tarikh booking.
Ini menjadi beban tambahan kepada Pemaju yang mengambil booking dan sign borang tempahan.
Tambah Yang Amat Arif :
Hakikat bahawa mereka tetap mengabaikan larangan statut terhadap pengutipan yuran tempahan, dan bahawa perjanjian pro forma dengan jelas menyatakan asas-asas perjanjian tersebut, bermaksud bahawa satu persetujuan sebenarnya telah dicapai pada waktu pembayaran yuran tempahan.
Dalam pertimbangan kami, niat perundangan adalah bahawa pembayaran awal dalam bentuk deposit sudah memadai untuk membuktikan niat untuk memasuki kontrak, memandangkan perjanjian tersebut sepatutnya ditandatangani pada masa yang sama.
NAZRI MUSTAFA
