The Complexities of Harta Pusaka
Menguruskan harta pusaka dalam kes yang “complicated”,memerlukan masa yang panjang, kos yang tinggi dan kesabaran yang jitu.
Tidak hairan lah setiap suku tahun akan keluar balik tajuk “ RM60 biliyun harta pusaka beku”.
Ini menjadi topik dan modal pejuang pembuat pusaka.
Ada betulnya.
Logiknya siapa tak nak harta?
Tapi jika ia terus menyebabkan waris waris berlapis lapis lapis lapis yang tak pernah kenal satu sama lain bergaduh bermasam muka dan akhirnya dapat harta nilai 2,3 ribu (sebab ramai sangat share), dan tiada pula orang yang keluar modal pemula, dan ditambah dengan “red tape” dan fail yang berpindah randah dari pejabat pusaka ke mahkamah, ia memerlukan kefahaman akan kerumitannya.
Apatah lagi jika pemilik terdahulu berpoligami, atau nenek atau ibu berkahwin semula ada anak seibu dari bapa berbeza, dan arwah pula pernah berjanji mulut bahawa harta ini diserah pada seorang lain, maka kerumitan itu disulitkan lagi.
Ia umpama menarik benang dalam tepung,melerai simpulan mati, jangan putus dan maintain harmoni.
Peguam yang menguruskan pusaka perlu kreatif dan resourceful.
