Cara Beli Rumah Lelong: Panduan Ringkas untuk Pembeli Kali Pertama

1. Tentukan Rumah Yang Ingin Dibida

3. Lakukan Lawatan Tapak (Site Visit)

4. Lakukan Lawatan Tapak (Site Visit)

5. Ketahui Jenis Lelongan: Bank atau Mahkamah

6. Semak Jumlah Tunggakan

Sebelum membida, dapatkan maklumat:

  • Tunggakan cukai pintu dan cukai tanah
  • Caj penyelenggaraan (jika hartanah jenis strata)
  • Hutang dengan pemaju (jika berkaitan)

Ada kes di mana pembeli perlu tanggung tunggakan, jadi pastikan anda maklum awal.

7. Semak Status Geran atau Strata

Hubungi pemaju atau pihak berkaitan untuk tahu sama ada geran individu atau strata telah dikeluarkan. Ini penting bagi mengetahui proses pindah milik — sama ada boleh terus ‘direct transfer’ atau perlu melalui proses ‘double transfer’ (yang biasanya lebih mahal dan lambat).

8. Sediakan Deposit & Daftar

Deposit biasanya perlu dibayar dalam bentuk bank draft. Jumlah deposit, cara bayaran dan dokumen sokongan akan dinyatakan dalam POS.

9. Pilih Rumah Yang Tidak Memberi Masalah Besar

Bagi pembeli kali pertama, sebaiknya elakkan rumah yang:

  • Ada isu penduduk enggan keluar
  • Ada pertikaian pemilikan
  • Perlukan kos pembaikan besar

Main ‘safe’ dahulu, supaya proses berjalan lancar.

Penutup

Membeli rumah lelong boleh menjadi satu peluang pelaburan yang sangat baik, asalkan anda tahu apa yang perlu dilakukan dan bersedia dengan maklumat yang betul. Jika anda rasa perlukan nasihat undang-undang atau bantuan dalam semakan dokumen, kami sedia membantu anda.

Dato Nazri Mustafa,
Rakan Kongsi Pengurusan,

Tetuan Nazri Azmi Islinda,

Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Similar Posts

Leave a Reply