Lelongan Awam & Peguam Bagaimana?

Berita Harian (30 Mac 2024) –

Seorang pembida yang berjaya membida dan jadi pembeli yang berjaya, akan perlu melantik Peguam untuk BANTU SELESAIKAN urusan dokumentasi pindahmilik.

Ada yang menyangka nama firma guaman yang tertera di Pengisytiharan Jualan adalah Peguam yang akan mewakili pembida nanti.

BUKAN, firma itu adalah Peguam yang mewakili Bank yang melelong.

Setelah menang, jika bukan beli secara CASH, pembida juga akan memohon pembiayaan dan setelah lulus, Bank akam lantik Peguam untuk kendalikan urusan Pembiayaan.

Dalam situasi di atas, akan ada 3 firma guaman yang terlibat :

1. Peguam Bank Pelelong

2. Peguam Pembida (untuk urusan pindahmilik)

3. Peguam Panel Bank

(Ada situasi dimana hanya 2 Firma Peguam terlibat kerana Peguam Pembida & Peguam Bank adalah firma yang sama)

Pembida perlu sediakan bayaran untuk 2 Peguam tadi. (walaupun firma Peguam yang sama)kerana ada 2 kerja yang berbeza.

Dalam banyak banyak kes lelong yang kami kendalikan sejak tahun 1998, ada kami wakili Pembida, ada Bank (kami panel kepada lebih dari 10 bank) dan ada kedua duanya.

Cara kendalian kes pembelian LELONG berbeza dengan kes jualbeli biasa.

Antaranya sebab kita tidak berurusan dengan Penjual/Pemilik tetapu dengan pihak Bank yang melelong.

Peguam yang mahir kendalikan kes lelong boleh membantu.

TIMELINE kes lelong sangat STRICT. Samada 90 atau 120 hari (bergantung kes ada geran atau tanpa geran).

Ada pula yang boleh direct transfer atau double transfer.

Ada pula yang tanpa geran dan PEMAJU dah gulung.

Ada pelbagai jenis dan lain2 perencah.

CHEF yang bagus dan berpengalaman boleh adunkan jadi hasil yang sedap.

Anda boleh hubungi kami untuk khidmat nasihat. SEBELUM & SELEPAS LELONGAN AWAM hartanah.

Jangan malu dan segan. Anda nak beli rumah yang murah dari pasaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *